Wabak Covid-19 Menyebabkan Udara Di China Menjadi Lebih Bersih

Kesan positif wabak pembunuh.


Disebalik kemunculan wabak coronavirus aka Covid-19 sejak Disember 2019 lalu di Wuhan China yang telah meragut ribuan nyawa, ia juga memberikan kesan positif yang tidak disedari.

Pihak NASA baru-baru ini telah berkongsikan imej-imej terbaru yang menunjukkan ruang udara di dalam negara China kini jauh lebih bersih berbanding sebelum ini.

Kapsyen: Satelit NASA mengesan penurunan kandungan nitrogen dioksida (NO2) di seluruh China selepas penularan wabak Covid-19. Kredit: NASA


Merujuk kepada rajah di atas, boleh dilihat dengan jelas imej yang diambil di dalam daerah Wuhan pada tahun ini berbanding tahun lepas bagi tempoh yang sama menunjukkan, udara di daerah yang teruk terjejas dengan wabak Covid-19 itu kini berada pada tahap yang sangat bersih.

"This is the first time I have seen such a dramatic drop-off over such a wide area for a specific event. This year, the reduction rate is more significant than in past years and it has lasted longer. I am not surprised because many cities nationwide have taken measures to minimize spread of the virus.” Fei Liu, penyelidik kualiti udara dari Pusat Angksasa Lepas NASA Goddard.

Peningkatan kualiti udara yang bermula dari daerah itu kemudiannya turut berlaku di seluruh China.

Ia berikutan operasi pengangkutan awam serta pergerakan kenderaan-kenderaan awam di China juga berkurangan kerana penduduk di beberapa bandar utama dikuarantin di dalam rumah.

Malah pemberhentian sebahagian besar operasi kilang-kilang industri yang terdapat di seluruh China juga turut menjadi faktor utama kepada peningkatan kualiti udara di China.

Walaubagaimanapun, akibat pemberhentian operasi kilang-kilang industri itu juga, ia telah memberikan masalah kepada pelbagai industri dunia kerana tidak menerima bekalan-bekalan utama dari pengilang China untuk produk-produk keluaran mereka.

Sumber: Earth Observatory

Berkaitan