VSCO Kini Membawakan Fungsi Penyuntingan Video

Siapa yang tidak kenal dengan aplikasi suntingan foto VSCO yang sangat popular dikalangan pengguna Instagram.

Aplikasi VSCO kini memperkenalkan pula kemaskini terbaru yang memfokuskan kepada penyuntingan video, VSCO X. Kemaskini ini hanya hadir untuk pengguna iOS berbayar dan akan dibawakan untuk platform Android di masa akan datang.

Fungsi ini tampil dengan sokongan 4K pada resolusi 30fps dan 1080p pada 60fps bersama teknologi pemprosesan imej SENS. Menurut The Verge, versi baru ini masih lagi dalam bentuk fasa pembinaan awal dan hanya mempamerkan alat penyuntingan asas untuk setakat ini.

Sumber: VSCO