Volvo Uji Bas Tanpa Pemandu Mereka Di Singapura

Ketika kebanyakan negara lain di Asia Tenggara masih lagi mempunyai masalah untuk memberi perkhidmatan pengangkutan awam terbaik bagi rakyatnya, lain pula ceritanya dengan negara jiran kita, Singapura.

Syarikat pengeluar kenderaan terkenal, Volvo dengan kerjasama Nanyang Technological University(NTU) baru-baru ini telah menguji bas tanpa pemandu di negara berkenaan.

https://youtu.be/31B-2idWO8k

Menurut NTU, bas Volvo 7900 ini mampu untuk membawa sehingga 80 orang penumpang dalam satu-satu masa selain hanya memerlukan masa antara 3 hingga 6 minit sahaja untuk dicas semula.

Kapsyen: NTU


Selain itu, bas elektrik ini juga mempunyai sistem kamera 3D dan laser bagi mengelakkan pelanggaran dengan kadar ketepatan pada 1cm. Ia telah pun diuji dan ternyata bas ini mampu mengesan sekiranya ada pejalan kaki yang sedang melintas dihadapannya.

Kerajaan Singapura dikatakan mensasarkan untuk menggunakan bas elektrik ini dalam sistem pengangkutan awam mereka seawal tahun 2022 nanti.

 

Sumber: NTU via Engadget