Volvo Pandu Uji Trak Tanpa Pemandu Didalam Lombong Bawah Tanah







Kita mungkin pernah
mendengar atau melihat kenderaan tanpa pemandu dipandu uji di atas jalanraya
tetapi tidak bagi Volvo. Volvo Trucks, anak syarikat Volvo Group itu mempunyai
cara yang menarik untuk menguji jentera buatan mereka. Syarikat itu mengumumkan
pada khamis lepas yang mereka akan memandu uji trak FMX didalam sebuah lombong
bawah tanah kepunyaan Syarikat Boliden di Wilayah Kristineberg, Sweden. Pandu
uji tersebut bermula pada musim luruh ini dan dijangka tamat pada pertengahan
tahun hadapan.





Volvo bukanlah
mahu membina trak untuk kegunaan sukan lasak, tetapi ingin melihat keupayaan
teknologi autonomi mereka apabila berhadapan dengan kawasan yang ekstrem.
Lombong terbabit mempunyai kedalaman sepanjang 1,320 meter. Trak FMX dilengkapi
dengan radar dan sensor laser yang membantu mengenal pasti kawasan didalam
lombong itu. Sesudah itu, trak itu akan mengesan jalan-jalan yang boleh
dilaluinya.













Trak itu juga
dipasang dengan 6 jenis sensor keselamatan yang lain. Jika salah satu
daripadanya mengesan halangan dan trak itu tidak boleh berpatah balik, amaran
keselamatan akan dihantar ke pusat pengurusan pengangkutan lombong. Selepas
itu, individu yang bertanggujawab akan mengawal trak itu secara jarak jauh.




Informasi-informasi
yang dihasilkan dari sesi pandu uji itu juga akan digunakan pada pembuatan
model kereta yang lain. Pandu uji ini dilihat sebagai sebahagian dari
perancangan Volvo yang mahu melaksanakan teknologi kereta tanpa pemandu secara
menyeluruh menjelang tahun 2020. Data –data yang dikumpul dari proses pandu uji
di dalam terowong berkemungkinan besar dapat membantu mempertingkatkan tahap
keselamatan kereta di jalan raya sebenar.



Sumber: MashableAsia