vivo Y91 Mula Dipasarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 5 Januari Ini

Pada November yang lepas, vivo telah melancarkan satu lagi model kelas permulaan mereka iaitu vivo Y91.

Dan baru-baru ini, vivo Malaysia pula telah mengesahkan bahawa peranti tersebut akan mula dijual di negara ini pada 5 Januari.

Kapsyen: vivo Malaysia


Peranti ini akan hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P22, memori 3GB RAM, simpanan dalaman 64GB beserta dengan sokongan memori kad sehingga 256GB.

Selain itu, ia juga menggunakan paparan skrin 6.22-inci Halo FullView Display dengan rekaan takuk kecil.

Dari segi kamera pula, vivo Y91 ini mempunyai tetapan kamera dwi-lensa utama 13MP+2MP serta 8MP bagi kamera swafoto.

Ia juga akan dilengkapi dengan sistem imbasan wajah dan cap jari bagi tujuan menyahkunci peranti.

Kapsyen: vivo Malaysia


Telefon pintar ini turut akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 4,030mAh yang didakwa mampu bertahan lebih lama.

Model vivo Y91 akan ditawarkan pada harga jualan rasmi RM799 dan boleh didapatkan di gedung atas talian rasmi vivo Store, Lazada, Shopee, 11street dan Lmall kelak.

 

Sumber: vivo Malaysia