Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo y77 malaysia

vivo Y77 5G Rasmi Dengan Harga RM1,299 Untuk 8GB RAM, Storan 256GB

Diterbitkan Julai 8, 2022 · Dikemas kini Julai 8, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

vivo Y77 telah selamat dilancarkan untuk pasaran Malaysia semalam pada harga RM1,299.

Ia dijana cip Mediatek Dimensity 810 dengan RAM 8GB bersama storan sebesar 256GB.

Untuk paparan, skrin LCD padanya bersaiz 6.58” dengan resolusi FHD+.

Tidak ketinggalan, ia juga menyokong rangkaian 5G dan mempunyai bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan 18W.

Klik pada pautan di bawah untuk buat pratempahan:

Shopee – https://invle.co/clbyflw

Lazada – https://invol.co/clbyfnz

Kamera di belakang disertakan 50MP dengan sensor JN1, makro 2MP. Pengalaman swafoto pula dibantu oleh lensa di hadapan bersaiz 16MP.

Product information y77

Ia juga hadir ciri Extended RAM 2.0, jadi pengguna boleh  mengubah dan menambah sehingga 4GB ROM yang tidak digunakan kepada RAM sedia ada, menjadikan jumlah RAM kepada 12GB.

Telefon ini menjalankan Funtouch OS 12 berasaskan Android 12 dan tersedia dalam dua pilihan warna, Starlight Black dan Glowing Galaxy.

Pre-Order vivo y77

Pratempah sudah mula diterima sehingga 15 Julai melalui E-store vivo, Shopee dan Lazada.

Sumber: Siaran akhbar vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY