Malaysia

Vivo Y69 Akan Dipasarkan Di Malaysia Pada Harga RM999

Bagi anda yang sedang mencari telefon pintar selfie dengan harga dibawah paras RM1000, Vivo Y69 mungkin sesuai untuk anda.

Mengetengahkan kamera selfie dengan lensa 16MP, peranti ini berupaya menghasilkan foto selfie dengan mod bokeh yang mana latarbelakang anda akan menjadi sedikit kabur.

Selain itu Vivo turut melengkapkan Y69 dengan fungsi Moonlight Selfie yang akan membantu anda merakam foto selfie dengan lebih jelas pada waktu kurang pencahayaan.

Dibawah merupakan spesifikasi lain bagi model ini:

  • Skrin paparan IPS 5.5 inci
  • Cip pemproses 8-Teras MediaTek MT6750
  • RAM 3GB
  • Storan dalaman 32GB dengan sokongan tambahan kad MikroSD sehingga 256GB
  • Kamera utama 13MP dengan Dwi-tona LED Flash
  • Kapasiti bateri 3000mAh
  • Funtouch OS 3.2 berasaskan Android Nougat 7.0

VivoY69 akan mula ditawarkan Jumaat ini di kedai konsep Vivo seluruh negara bermula Jumaat ini dengan harga RM999. Anda boleh memilih dua warna pilihan; Champagne Gold atau Matte Black.

Sumber: Lowyat.net

Vivo Y69 Akan Dipasarkan Di Malaysia Pada Harga RM999
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular

To Top