Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo Y31 Kini Tiba Buat Pasaran Tempatan, Boleh Dibeli Bermula Esok

vivo Y31 Kini Tiba Buat Pasaran Tempatan, Boleh Dibeli Bermula Esok

Diterbitkan Mac 5, 2021 · Dikemas kini Mac 5, 2021 oleh Amsyar Latif

vivo Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan siri Y baharu iaitu vivo Y31 yang merupakan sebuah telefon berkelas pertengahan.

Y31 menggunakan skrin 6.58 inci dengan panel IPS LCD Halo FullView yang mampu memberikan paparan cantik dan menapis cahaya biru.

Telefon ini dijana cip Snapdragon 662 dengan konfigurasi 8GB RAM dan 128GB storan bersama-sama bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

vivo Y31 KV

Bahagian sisi telefon terdapat pengimbas cap jari. Pada belakang, terdapat 3 lensa iaitu 48MP utama, 2MP depth dan 2MP makro. Sementara lensa swafoto adalah 16MP.

Bagi yang berminat, vivo Y31 boleh dibeli bermula esok di E-Store atau kedai rasmi di Shopee dan Lazada pada harga RM999.

Sumber: Siaran Akhbar vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY