Bermula semalam, vivo Y30, sudah boleh dimiliki oleh anda semua pada nilai harga RM899. Ditawarkan pada beberapa kedai konsep vivo terpilihi, pengedar sah jenama vivo Malaysia, vivo Y30 turut sama disenaraikan pada platform dalam talian seperti vivo Store, Shopee dan Lazada.
Mengenai spesifikasi peranti, ia didatangkan dengan skrin 6.47 inci dipanggil sebagai Ultra O Screen yang menempatkan kamera 8MP. Selain itu, vivo Y30 akan dijana dengan bateri berkapasiti 5000mAh melalui port pengecasan USB-C.
Panel belakang menyediakan kuad kamera terdiri daripada kamera 13MP, 8MP super ultra lebar, 2MP super makro dan 2MP bokeh. Turut memuatkan cip Helio P35, RAM sebesar 4GB dengan storan 128GB, peranti ini juga akan mengoperasikan sistem Funtouch OS 10 berasaskan Android 10.
Anda mempunyai dua pilihan warna iaitu Dazzle Blue dan Moonstone White.
Berkaitan
- Sharp Aquos S2 Masuk Malaysia Pada Januari 2018, Berharga RM1299
- Apple iMac 2017 Sudah Mula Ditawarkan Di Malaysia
- Samsung Pay Berada Di Fasa Terakhir Untuk Dilaksanakan Di Malaysia
- Black Shark Lucifer T1, TWS Baru Di Malaysia Dengan Harga RM169
- Huawei Watch GT 2 Sudah Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM799
- Samsung Selesa Ungguli Pasaran Telefon Pintar Malaysia Untuk Suku Ketiga 2019
- Ini 3 Model Baru Yang Akan Dilancarkan Xiaomi Malaysia Minggu Hadapan
- Vivo V5 Hadir Dengan Kamera Selfie 20MP | Di Jual Pada Harga RM1,299
- Nokia Berhasrat Tawar Teknologi 5G Di Malaysia
- Xiaomi Mi 9T Diumum Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Harga Dari RM1199