Vivo tidak berhenti di situ kerana mengikut khabar angin dan bukti imej yang tertiris, Vivo bercadang memperkenalkan peranti utama mereka yang diberi nama Xplay 7. Untuk peranti ini pula, ia dikhabarkan menjadi peranti telefon pintar pertama di dunia yang didatangkan dengan ruang 10GB RAM.
Vivo juga mungkin akan memperkenalkan dua versi Xplay 7 yang perbezaan ketara dari segi saiz. Peranti ini juga dikatakan akan terus menggunakan teknologi sama dari Synaptics untuk sistem pengimbasan cap jari.
Untuk cip pemprosesan pula, Qualcomm Snapdragon 845 dijangka akan memacu peranti ini dan didatangkan dengan ruang memori ROM sebesar 256GB untuk varian biasa dan 512GB untuk varian 'Plus'.
Setakat ini, butiran yang disebutkan di atas masih lagi tidak dapat disahkan oleh mana-mana pihak. Cuma yang pasti kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan dari Vivo.
Berkaitan
- Hasil Gambar Lebih Pro Dengan realme 7 Pro
- Pengecasan Tanpa Wayar Untuk Xiaomi Mi 7
- realme 7 Pro Special Edition Hadir Dengan Vegan Micrograin Leather, Akan Mula Dijual Pada 28 Oktober Ini
- Pengeluaran Vivo Apex Bermula Pertengahan 2018
- Menakutkan, Pengguna vivo X70 Dakwa Nampak Hauntu Guna Kamera Mod Malam
- Ini Adalah Mengapa vivo X50 Pro Merupakan Peranti Terbaik Untuk Rakaman Video Malam
- Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai vivo TWS Neo
- Perbandingan realme 7 Pro vs realme 6 Pro, Mana Satu Lagi Pro?
- Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
- Lihat 7 Perkara Ini Sebelum Beli Laptop Untuk WFH