Vivo X9,X9 Plus Dan Xplay6 Secara Rasminya Diumumkan

1.Rekaan Luar

gsmarena_003

Vivo X9 dan X9 Plus yang dilancarkan awal hari ini mempunyai bentuk seakan-akan iPhone 6s dimana ianya mempunyai bucu lengkung bulat yang sama dan direka dengan menggunakan material yang sama. Ukuran badan telefon ini adalah 152.6 x 74 x 7 mm dan mempunyai berat 154 g. Ianya memuatkan sokongan dwi-kad sim.

Dari segi binaan skrin, Vivo X9 ini dibina menggunakan Super AMOLED bersaiz 5.5 inci bersama resolusi 1080 x 1920 pixels HD penuh. Bagi Vivo X9 Plus pula dibina dengan paparan Super AMOLED bersaiz 5.8 inci bersama resolusi yang sama.

Bagi Model Vivo Xplay6 pula memperlihatkan rekaan lengkung seperti Samsung S7 Edge. Ianya dibina dengan skrin berukuran  5.46 inci dan paparan Quad HD (1440x2560 pixels) Super AMOLED.

vivo_1479362928141

2.Spesifikasi Dalam

Dari segi software, kedua-dua model Vivo ini menggunakan sistem operasi Android OS, v6.0.1 (Marshmallow) yang agak mengecewakan jika nak dibandingkan dengan peranti Android yang lain. Ianya dikuasakan oleh Qualcomm MSM8953 Snapdragon 625 bersama CPU Octa-core 2.0 GHz Cortex-A53. bagi model X9 dan Qualcomm MSM8976 Snapdragon 653 bagi X9 Plus. Saiz RAM pula adalah 4GB dan 6GB untuk X9 dan X9 Plus.

Memori dalaman pula adalah pilihan antara 64 dan 128 GB dan ianya tidak menawarkan slot untuk kad MicroSD. Dari segi kapasiti bateri pula, masing-masing memiliki bateri sebesar 3050 mAh dan 4000 mAh.

Bagi Xplay6 pula, ianya dikuaskan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 820 dipasangkan bersama RAM 6GB dan 128GB memori dalaman.

3.Kamera

Antara spesifikasi yang paling untuk sesebuah telefon pintar masa kini adalah keupayaan kamera. Seperti Oppo, Vivo juga adalah salah satu syarikat pembuat telefon pintar yang memfokuskan kepada keupayaan kamera hadapan(selfie) bagi pasaran telefon mid-range.

Ianya dilengkapi dengan sensor bersaiz 20-Megapixel datang bersama sensor 1/2.8'' Sony IMX376 dan aperture f/2.0. Sensor yang kedua pula bersaiz 8-Megapixel yang mampu mengambil ciri kedalaman sesebuah gambar dan menghasilkan hasil selfie yang cantik dan membuatkan muka anda menjadi jambu. Kamera bahagian belakang pula dilengkapi dengan 16-Megapixel sensor dan aperture f/2.0.

gsmarena_004

vivo-x9-2

Berlainan dengan model Xplay6 yang mempunyai dwi-kamera di bahagian belakang. Kameranya dimuatkan dengan sensor 12-Megapixel bersama Sony IMX362, PDAF, dan aperture f/1.7. Sensor kedua pula adalah 5-Megapixel. Telefon ini juga mempunyai 16-Megapixel untuk kamera selfie. Agak dasyat juga keupayaan kamera peranti dari Vivo ini.

vivo-xplay6-camera

4.Harga

Ketiga-tiga model Vivo ini akan tampil dengan dua pilihan warna iatu Gold dan Rose Gold. Harga yang diumumkan bagi model X9 adalah $406 untuk variasi 64GB dan $435 untuk 128GB. Bagi model X9 Plus dan  Xplay6 pula, harga rasmi akan diumumkan pada 26 Disember ini.