Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo X9 Dan X9 Plus Dijangka Hadir Dengan  Kamera Hadapan Dwi Lensa

Vivo X9 Dan X9 Plus Dijangka Hadir Dengan Kamera Hadapan Dwi Lensa

Diterbitkan November 1, 2016 · Dikemas kini November 1, 2016 oleh Helmi Samsuri

Minggu sudah, beberapa sumber ada melaporkan yang mana Vivo bakal melancarkan model X9 dan juga X9 Plus pada 17 November ini. Khabar angin turut menyatakan model X9 ini bakal tampil dengan dwi lensa bagi kamera hadapan. Berdasarkan foto yang tersebar di internet, ramai percaya bahawa Vivo X9 kali ini dilengkapi dengan dwi kamera pada bahagian hadapan saja dan satu kamera di bahagian belakang.

vivo-x9-1

Didalam foto yang tersebut juga kelihatan sebuah model yang agak besar sedikit. Netizen percaya itu merupakan model Vivo X9 Plus. Selain daripada kamera dwi lensa terdapat butang Home dibahagian bawah skrin paparan yang mungkin disertakan dengan sensor pengimbas cap jari.

Pada bahagian belakang pula, logo ‘VIVO’ dengan kemasan warna perak. Selain itu, X9 reka bentuk tampak nipis dan bergaya. Difahamkan juga telefon ini akan menggunakan port USB Type-C dan juga bicu audio 3.5mm.

vivo-x9-renders

Terdapat sebuah foto lain yang tersebar dan dipercayai model X9/X9 Plus ini dilengkapi dwi kamera hadapan 20MP dan juga 8MP. Walaubagaimanapun, foto itu tidak menyebut apa-apa mengenai kamera di bahagian belakang. Dengan ciri terbaru ini, Vivo menjangkakan model ini bakal mendapat sambutan golongan muda yang gemar mengambil gambar selfie terutama di negara China dan India.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas model X9/X9 Plus;

  • Cip pemproses Octa-core Qualcomm Snapdragon 653
  • Adreno 510 GPU
  • 4GB/6GB RAM
  • Dwi kamera hadapan dengan lensa dari Sony Exmor IMX260 (20MP dan 8MP)
  • Pengimbas cap jari
  • Port USB Type-C

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY