Pengumuman peranti Vivo baru tersebut dikeluarkan oleh laman web Weibo. Mereka mempamerkan beberapa gambar promosi dan mengesahkan beberapa spesifikasi Vivo X9 dan Vivo X9 Plus. Vivo X9 dibina dengan rekaan besi berserta dengan posisi antenna band yang seakan sama dengan rekaan iPhone. Melalui gambar juga, kita dapat pastikan Vivo X9 ini akan tampil dengan variasi pilihan warna Rose Gold. Ianya juga memiliki sokongan sensor cap jari yang dibina di bahagian bawah butang Home. Sama seperti iPhone 7.
Telefon pintar ini juga mempamerkan paparan skrin dengan bezel yang nipis pada 1.59 mm sahaja. Skrin Vivo X9 akan dibina dengan Corning Gorilla Glass 5. Kamera depan pula mempunyai sensor 20 Mega-pixel manakala kamera kedua dengan 8 Mega-pixel. Ianya juga menampilkan port USB Type-C, jaring pembesar suara, dan 3.5 audio jack di bahagian bawah. Fungsi Volume dan butang Power pula berada di bahagian tepi belah kanan.
Yang menariknya, X9 Plus dikatakan bakal dibina dengan dwi-kamera belakang. Maksudnya, Vivo X9 Plus akan mempunyai dwi-kamera di depan dan belakang. X9 Plus sudah semestinya bakal dibina dengan RAM yang besar, iaitu pada saiz 6GB manakala X9 pula pada saiz 4GB. Ianya bakal dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 653, agak mendukacitakan.
Berkaitan
- Xiaomi Mi 6 Dengan Snapdragon 835 Dikhabarkan Hadir Fabruari Atau April Tahun Hadapan
- Huawei Mate 20 Sah Dikuasakan Dengan Cip HiSilicon Kirin 980
- Peminat Beratur Panjang, Roadshow HONOR View20 Mendapat Sambutan Hangat
- Realme-U Akan Jadi Model Pertama Yang Dikuasakan Oleh Sistem Cip Helio P70
- Peranti Kelas Permulaan Terbaik Huawei Bakal Dilancarkan Pada 11.11 Ini
- Google Memperkenalkan Fungsi 'Tap To Wake' Untuk Telefon Pixel
- Webe Menawarkan Pelan Tanpa Had Serendah RM 79
- Bonjour!: Wiko Upulse, Telefon Dari Perancis Dengan Rekaan Seksi Dan Ciri Kamera Yang Menarik Menjadikannya Telefon Bajet Paling Berbaloi 2017.
- Pra-Daftar Untuk Call Of Duty: Mobile Dibuka, Percuma Untuk Dimainkan Di iOS & Android
- Nikmati Hadiah Percuma Bernilai RM1,177 Bagi Pembelian Vivo NEX 3 Di Semua Cawangan SenQ