Vivo X9 and X9 Plus Akan Tampil Dengan Dwi-Kamera 20MP dan 8MP

 

Syarikat telefon pintar yang berpangkalan di China ini semakin hampir dalam mengumumkan telefon pintar Android mereka iaitu X9 dan X9 Plus. Ianya dalah model selepas Vivo X7 dan X7 Plus. Vivo telahpun mengeluarkan sebuah poster 'teaser' yang menampilkan dua kamera. Mengikut artikel dalam lamn web Weibo, Vivo telah mempamerkan ciri dwi-kamera iaitu 20MP dan 8MP.

vivo-x9-front-dual-camera

Tidak dapat dinafikan, dengan kamera sebesar 20MP adalah satu langkah yang bijak dan berani oleh Vivo. Namun, kamera kedua 8MP tersebut masih tidak diketahui fungsi sebenarnya. Adakah kedua-dua kamera tersebut mempunyai lensa 'wide-angle' yang berbeza? Atau mungkin 8MP kamera tersebut berfungsi untuk mengambil 'depth of field' untuk lensa 20MP?

Semuanya akan terjawab dengan pelancaran rasmi Vivo X9 dan Vivo X9 Plus pada 17 November ini. Sama-sama kita nantikan.