Vivo X30 Dilancarkan - Exynos 980, 5G, Dan Lensa Periskop Zoom Sehingga 60x

Hari ini di China, vivo telah melancarkan 2 model baharu iaitu vivo X30 dan X30 Pro. Sebelum ini telah diacah banyak kali oleh vivo mengenai peranti ini terutamanya berkenaan keupayaan kameranya. Jadi, model terkini ini lengkap dengan penawaran fungsi kamera terkini sehinggakan mampu zoom sehingga 60x secara digital.

Kedua-dua model peranti adalah dari segi rupa dan spesifikasi utama dan hanya terdapat satu perbezaan sahaja.

Kita mulakan spesifikasi dengan skrin dahulu. Kedua-dua model mempunyai skrin bersaiz 6.44 inci FullHD+ Super AMOLED dengan kecerahan maksimum 1,200 nits. Pada skrin juga terdapat pengimbas cap jari untuk sekuriti. Terdapat juga lubang kamera yang berukuran 2.98mm memuatkan sensor 32MP (f/2.45) swafoto.vivo X30 and X30 Pro unveiled with 5G modems and 50mm portrait cams, the Pro adds 5x telephoto

Untuk kamera belakang, kedua-duanya juga mempunyai lensa utama 64MP (f/1.8), lensa 8MP (f/2.2) ultralebar, dan juga lensa zoom 32MP (f/2.0) 50mm untuk mod potret professional. Namun, persamaannya terhenti di situ kerana X30 Pro menambah sebuah lensa periskop 12MP dengan zoom 5x optikal dan juga mampu zoom sehingga 60x digital.



Kedua-duanya dikuasakan oleh cip Exynos 980 - vivo X30 peranti pertama menggunakan cip ini. Cip ini juga membawakan sokongan 5G secara terbina sama seperti Snapdragon 765G dan MediaTek Dimensity 1000. RAM pula adalah 8GB dengan pilihan storan 128GBatau 256GB.

Peranti juga dimuatkan sebanyak 4,350mAh dengan sokongan pengecasan pantas Flash Charge 33W melalui USB-C. Terdapat juga sistem penyejukan cecair untuk pengaliran haba dan juga fungsi kegemaran ramai iaitu bicu 3.5mm. Untuk perisian, ia diperisikan oleh FunTouchOS 10. Namun, ia berasaskan Android 9 Pie bukannya Android 10 yang terkini.



vivo X30 dan X30 Pro dijual di China bermula CNY 3,300 (~RM1,957) untuk model X30 dan juga CNY 4,000 (~RM2,373) untuk model X30 Pro.

Berkaitan