Vivo X30 Dijangka Hadir Dengan Keupayaan Kamera “60X Zoom”

Pada penghujung tahun ini, dilihat pelbagai model peranti telah dilancarkan oleh para pengeluar telefon pintar seluruh dunia. Persaingan teknologi mula dipertontonkan kepada pengguna seperti keupayaan pengecasan pantas, ketahanan bateri, sensor kamera yang besar dan lain-lain lagi menjelang tibanya tahun 2020.


Kredit:GizChina


Syarikat pengeluar telefon pintar dari China iaitu Vivo turut memperlihatkan keupayaan peranti terbarunya yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Menurut sumber dari GizChina, Vivo telah memaparkan beberapa gambar mengenai peranti terbarunya yang diberi nama Vivo X30.

Sebuah video telah dipaparkan pada laman GizChina yang menunjukkan keupayaan zum yang jauh pada kamera Vivo X30 dan menurut sumber lain, peranti berkenaan mempunyai keupayaan zum 60X. Ia mungkin hanyalah zum digital sahaja dan bagi zum optikal pula ia dijangka mempunyai keupayaan 10X zum optikal.


Kredit:GizChina


selain daripada keupayaan zum, Vivo X30 dijangka bakal hadir dengan kamera utama 64MP Samsung ISOCELL GW dan lebih menarik lagi, ia bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan dari Samsung iaitu Exynos 980 dan dilengkapi dengan teknologi 5G.

Sumber: