vivo Watch Diperkenalkan - Dilengkapi Pemantauan Oksigen Dalam Darah Dan Ketahanan Bateri 18 Hari

vivo hari ini secara rasmi telah memperkenalkan jam pintar pertama, vivo Watch. Hadir dengan model 42mm dan 46mm, ia didatangkan dengan sokongan pemantauan tahap oksigen dalam darah dan kadar denyutan jantung.



Bagi versi 42mm, ia dimuatkan paparan skrin AMOLED  bersaiz 1.19 inci dengan resolusi 390x390. Sementara, model 46mm dilengkapi panel 1.39 inci dengan resolusi 454x454.

vivo Watch

Kedua-dua kerangka jam pintar ini diperbuat daripada keluli tahan karat dengan bezel seramik dimana model 42mm hadir dengan warna Secret Summer dan Mocha Brown. Manakala model 42mm mempunyai binaan kerangka dari warna Shadow Black dan Front Silver.

Sebagai tambahan, vivo Watch juga mempunyai ketahanan air 5ATM dan dijana cip ST bersama pemproses Apollo serta memori RAM 2GB.

vivo Watch

Dari segi ketahanan bateri, model 42mm mampu bertahan sehingga 9 hari penggunaan serta sehingga 18 hari penggunaan bagi model 46mm.

Jam pintar ini turut hadir dengan sokongan pengecasan magnetik, Bluetooth 5.0 yang boleh dipadankan dengan peranti Android dan iOS.



Kedua-dua model vivo Watch diletakkan pada harga 1,299 yuan (~RM793). Buat masa ini, vivo Watch hanya tersedia untuk pasaran China dan tidak diumumkan bila ia akan tersedia untuk pasaran global.

Sumber: vivo