Vivo V7 Kini Berharga RM1199, Potongan Harga Sempena Jualan 12.12

Sempena jualan dalam talian 12.12 yang bakal dibuka beberapa jam sahaja lagi, sejumlah pengeluar telefon sudah bersiap sedia dalam menawarkan potongan harga untuk keluaran mereka.

Salah satu daripadanya adalah Vivo Malaysia yang memberikan diskaun kepada peranti V7. Pada awal pengenalannya di bulan November yang lalu, ia dipasarkan sekitar RM1299 dan kini ia bakal dijual pada harga RM1199.

Selain daripada Vivo V7 beberapa model lain turut ditawarkan pada harga yang rendah dari harga asal seperti...

  • Vivo Y66 - RM799 (harga asal RM999)

  • Vivo V5 Plus - RM1199 (harga asal RM1499)

  • Vivo V5 - RM999 (harga asal RM1099).


Dengan setiap pembelian di gedung dalam talian rasmi Vivo di Lazada, pembeli akan mendapat hadiah percuma berupa aksesori tambahan seperti tempered glass dan casing kulit.

Boleh layari Vivo Malaysia di Lazada bagi menikmati diskaun sempena jualan 12.12 ini.

Via: TechNave