Vivo V5 Plus Dengan Dwi-Kamera Selfie Akan Dilancarkan 23 Januari Ini

Selepas pelancaran model V5 pada November yang lepas, syarikat pembuat telefon pintar yang berpangkalan di China ini bakal hadir dengan variasi V5 Plus. Menurut jemputan pelancaran V5 Plus, Vivo akan melancarkan peranti 'selfie' mereka pada 23 Januari ini di India.

Seperti yang telah kita tahu, Vivo terkenal dengan binaan telefon yang fokus terhadap kamera selfie. V5 Plus akan hadir dengan tetapan dwi-kamera selfie. Tidak pasti lagi tentang spesifikasi yang lain. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.

gsmarena_001-3

Model V5 sebelum ini hadir dengan CPU Octa-Core bersama RAM 4GB menggunakan sistem operasi Marsmallow. Kamera selfie V5 dibina dengan sensor sebesar 20-Megapixel menjadi tarikan pengguna khususnya golongan muda yang gemar mengambil gambar selfie.

Sumber: GSM Arena