Vivo V5 Kini Ditawarkan Pada Harga RM1,099

Sudah hampir 8 bulan Vivo v5 dipasarkan di dalam negara, dan kini harga jualan model tersebut telah dikemaskini untuk tawaran yang lebih murah.

Pertama kali ia mendarat di Malaysia, V5 dijual sekitar RM 1,299 dan terbaru ia diturunkan kepada RM1,099.



Ia adalah potongan harga yang agak tinggi bagi telefon yang mempertaruhkan kamera selfie 20MP itu.

Spesifikasi ringkas Vivo V5

  • Skrin paparan 5.5 inci dengan resolusi 720p

  • Cip pemproses 8-teras MediaTek MT6750

  • RAM 4GB

  • Storan dalaman 32GB dan boleh ditambah dengan kad MikroSD

  • Kamera belakang 13MP, kamera selfie 20MP

  • Bateri berkapasiti 3,000 mAh

  • Sistem operasi Funtouch OS 2.6 yang berasaskan Android Marshmallow 6.0


Jika berminat dengan Vivo V5, anda boleh lawati di setiap cawangan Vivo seluruh negara termasuk juga pembelian secara atas talian, Lazada.

Sumber: Lowyat.net