Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo V5 Hadir Dengan Kamera Selfie 20MP | Di Jual Pada Harga RM1,299

Vivo V5 Hadir Dengan Kamera Selfie 20MP | Di Jual Pada Harga RM1,299

Diterbitkan November 22, 2016 oleh Helmi Samsuri

Malam semalam Vivo Malaysia dengan rasminya memperkenalkan telefon pintar model baru bagi pasaran dalam negara, V5. Pada acara pelancaran yang berlangsung malam tadi, V5 telah diperkenalkan oleh duta produk itu, Dato Siti Nurhaliza. Awal tahun ini, syarikat pengeluar dari China itu telah melancarkan Vivo V3 dan V3 Max.

vivo-v5-my-launch-1-1024x683

Jelas sekali keluaran baru ini lebih menyasarkan kepada pengguna yang gemarkan selfie dimana ia dilengkapi dengan kamera selfie 20MP dan turut hadir dengan ciri “cahaya lembut”. Ini bermaksud kamera bahagian hadapan mempunyai flash. 

vivo-v5-my-launch-12

vivo-v5-my-launch-11

vivo-v5-my-launch-2

Antara spesifikasi lain bagi V5 adalah, mempunyai skrin paparan 5.5 inci dengan resolusi 720p. Ia diperkasakan dengan pemproses 8-teras MediaTek MT 6750 digabungkan dengan RAM 4GB. Bagi storan pula, ia mampu menyimpan sehingga 32GB dan menggunakan bateri 3,000 mAh. Walaupun mempunyai kamera yang agak “berkuasa” pada bahagian hadapan, kamera belakang hanya 13MP sahaja. Beroperasi menggunakan sistem operasi Funtouch 2.6 yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Selain itu Vivo V5 turut dipasang dengan cip subsistem audio berkualiti tinggi, AK4376 DAC (Digital/Analog Converter). Dengan reka bentuk luaran diperbuat daripada besi nipis serta sensor pengimbas cap jari, V5 akan dijual pada harga RM1,299.

vivo-v5-my-launch-5-1

Pra-tempah boleh mula dibuat bermula hari ini sehingga 25 November 2016. Syarikat pengeluar akan memberikan hadiah misteri kepada pembeli yang membeli secara pra-tempah dan sementara stok masih ada. Dikhabarkan juga, V5 Plus bakal diperkenalkan dalam pasaran negara pada suatu tarikh yang tidak dapat dipastikan lagi.

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY