vivo V20 Dan V20 Pro Akan Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia 20 Oktober 2020

Di pasaran luar, vivo mempunyai 3 model dalam siri V20 iaitu V20, V20 Pro, dan V20 SE.

Untuk pasaran Malaysia, vivo telah pun selamat melancarkan vivo V20 SE. Kini mereka akan menambah lagi dua lagi model V20 dan V20 Pro bertarikh pada 20 Oktober 2020 nanti.

vivo melalui laman Facebook rasmi telah mengacah kehadiran siri V20 tersebut dengan memperlihatkan penawaran swafoto 44MP dan juga rangkaian 5G.

https://www.facebook.com/vivoMalaysia/posts/1797840553710129

Untuk spesifikasi, vivo V20 Pro bakal dijana cip Snapdragon 765G dan V20 dengan Snapdragon 720G. Lain-lain spesifikasi sudah tentu akan diacah oleh pihak vivo pada masa-masa akan datang.

Sebelum ini, vivo V20 SE telah dijual pada harga RM1,119. Siri V19 sebelum ini pula dipasarkan pada harga RM1,699.

Sehubungan dengan itu, siri V20 ini mungkin dijual dengan harga sekitar V19 ataupun sedikit lebih tinggi dari itu.

Dari: vivo Malaysia