Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Vivo V19 Bakal Tampil Dengan Paparan Skrin Super AMOLED

Posted on Mac 13, 2020

Pada tahun lepas, kita telah menyaksikan dua model siri V dilancarkan iaitu vivo V17 dan V17 Pro. Vivo Malaysia baru-baru ini mengumumkan akan melancarkan siri V yang terbaru iaitu vivo V19 pada pasaran tempatan akan datang. Peranti tersebut dikhabarkan akan didatangkan dengan dwi-kamera hadapan 32MP.

vivo V19

Ura-ura juga mengatakan, V19 ini akan dihadirkan dengan paparan skrin Super AMOLED Ultra O Screen dengan dua kamera hadapan.Selain itu, ia dijangka akan dilengkapi dengan spesifikasi yang berlainan daripada pelancaran model V19 baru-baru ini di Indonesia.

Walau bagaimanapun, vivo Malaysia belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran rasmi dan spesifikasi peranti ini. Maklumat lanjut dijangka akan didedahkan menjelang pelancaran vivo V19 nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress