Vivo V19 Akan Teruskan Reka Bentuk Kuad Kamera Sama Seperti Vivo V17

Sekitar seminggu yang lepas, vivo Malaysia telah mendedahkan beberapa ciri yang terdapat pada siri V19 akan datang. Antaranya adalah, peranti ini akan hadir dengan dwi-kamera hadapan 32MP, paparan skrin Super AMOLED dan kamera Night Mode.

vivo v19

Menurut imej yang didedahkan, vivo V19 dijangka akan meneruskan reka bentuk kuad kamera vivo V17 pada kamera belakang. Vivo V17 mempunyai ciri kamera kuad kamera AI yang telah dilancarkan pada tahun lepas. Selain itu, vivo V19 juga bakal tampil dengan warna yang menarik serta reka bentuk yang unik.






Walau bagaimanapun, vivo Malaysia belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran rasmi dan spesifikasi lanjut peranti ini. Maklumat lain dijangka akan didedahkan menjelang pelancaran vivo V19 nanti.