Vivo V17 Pro's Superday Dapat Sambutan Hangat Warga Johor

Vivo baru-baru ini telah melancarkan produk keluaran terbaru mereka di Malaysia, iaitu Vivo V17 Pro. Peranti ini sudah mula boleh didapati di seluruh negara sejak 5 Oktober lalu pada harga RM1,699.

Vivo juga telah mengadakan acara P17 Pro's Superday mereka di Mid Valley Southkey, Johor pada hujung minggu lepas. Di sana, Priscilla Abby yang merupakan Vivo Star mereka turut hadir dan kemudiannya menghiburkan penonton dengan sebuah persembahan nyanyian.

Kapsyen: Priscilla Abby (tengah) selaku Vivo Star turut bergambar dengan peranti baru Vivo V17 Pro.


P17 Pro's Superday mendapat sambutan orang ramai di Johor yang rata-ratanya hadir untuk tidak melepaskan peluang merebut telefon pintar Vivo itu pada hari pertama jualan rasminya.

Di acara itu juga, pengunjung yang hadir diberi peluang untuk memenangi pelbagai hadiah ekslusif percuma apabila mereka membuat pembelian V17 Pro yang mempunyai tetapan enam kamera tersebut.

Kapsyen: Vivo V17 Pro didatangkan dalam warna Knight Black dan Crystal White.


Vivo V17 Pro

Dilengkapi dengan gabungan lensa 48MP, 8MP sudut super lebar, 2MP bokeh dan 2MP super makro.



Sementara itu, Vivo V17 Pro dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4100mAh bersama-sama pengecasan Dual-Engin Fast Charging 18W.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan paparan Ultra Full View 6.44 inci dan dilengkapi dengan 8GB RAM serta 128GB ROM.