Vivo V17 Dikhabarkan Bakal Tampil Dengan Skrin Super AMOLED Ultra O

Seminggu yang lalu dapat kita saksikan bila mana kehadiran model vivo V17 kini sah menerima pengesahan daripada SIRIM, selepas menyusul rapat mengikut vivo V17 Pro yang baru sahaja dirasmikan beberapa bulan yang lalu.

Vivo V17 dikhabarkan mempunyai reka bentuk yang amat ringkas, namun masih bergaya dalam bentuknya yang inovatif. Ditambah pula dengan skrin Super AMOLED Ultra O yang menyediakan satu pengalaman tontonan baharu buat penggunanya.



Selain itu, paparan 6.44 inci FHD+ dari vivo V17 tersebut menempatkan kamera hadapannya yang paling tipis. Ia turut menggunapakai teknologi pengimbasan cap jari, yang membolehkan pengguna membuka kunci telefon pintar mereka dengan selamat dan mudah.

V17 membariskan empat kamera belakang, termasuklah Kamera Utama 48MP, Kamera Sudut Lebar 8MP, Kamera Makro 2MP dan Kamera Bokeh 2MP.

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai peranti terbaharu ini, sila lawati laman Facebook rasmi vivo Malaysia.