Vivo V15 Pro Versi 8GB RAM Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada 20 April Ini

Siri Vivo V15 boleh dikatakan sebagai antara keluaran Vivo yang mendapat perhatian ketika ini. Hadir dengan spesifikasi menarik seakan peranti flagship menjadikan peranti ini pilihan ramai ketika ini.

Antara spesifikasi menarik yang dimiliki ialah tetapan kamera swafoto terangkat 32MP, penggunaan skrin SuperAMOLED 6.53-inci, cip pemprosesan Snapdragon 675 serta sokongan memori sehingga 6GB RAM.



Tidak cukup dengan itu? Vivo Malaysia hari ini mengumumkan bahawa versi 8GB RAM dengan simpanan dalaman 128GB akan ditawarkan di Malaysia bermula dari 20 April ini.

Peranti tersebut telah dilancarkan secara rasmi di negara ini seiring dengan kerjasama mereka dengan kejohanan PUBG Mobile National Championships (PMNC) 2019 minggu lepas.

Untuk maklumat anda yang berminat, Vivo V15 Pro dengan memori 8GB RAM ini akan ditawarkan pada harga RM1899, cuma RM100 lebih mahal daripada versi 6GB RAM.

 

Sumber: Vivo Malaysia