Ikuti kami di media sosial

Berita

Vivo V15 Pro Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM1799

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, Vivo V15 Pro telah memasuki pasaran tempatan secara rasmi hari ini.

Mewarisi ciri-ciri kamera pop-up seperti seperti Vivo Nex, bahagian belakangnya pula diletakkan dengan tiga lensa kamera.

-- Iklan --

Ciri-ciri bawaan model ini adalah seperti berikut;

  • Skrin paparan Super AMOLED 6.39 inci dengan nisbah 19.5:9
  • Cip Snapdragon 675
  • RAM 6GB
  • Storan dalaman 128GB
  • Kamera belakang 48MP utama+8MP wide+5MP depth
  • Kamera 32MP
  • Funtouch OS 9 berasaskan Android Pie 9
  • Bicu audio 3.5mm
  • Port pengecasan Mikro USB dengan sokongan Dual Engine Fast
  • Bateri 3700mAh
  • Dwi sim nano dan 1 Kad MikroSD

Sistem kamera belakang menggunakan teknologi “four-in-one-pixel” yang mana ia akan menggabungkan empat pixel menjadi satu piksel besar dan dijanjikan dengan foto 12MP yang berkualiti tinggi.

Ia turut diperkuatkan dengan ciri kecerdasan buatan seperti AI Face Beauty dan AI Potrait Framing dan AI Super Night Mode, dan AI Body Shaping.

Bagi ciri sekuriti, pengimbas cap jari tersedia pada paparan skrin dan berdasarkan pengalaman penggunaan ia pantas dalam mengesan cap jari.

Antara penawaran lain yang disertakan pada Vivo V15 Pro adalah Game Mode 5.0 juga pembantu maya, Jovi.

Untuk yang berminat untuk mendapatkannya, pra-tempah Vivo V15 Pro sudah bermula hari ini dan sehingga 1 Mac 2019. Ditawarkan dengan dua warna pilihan, Topaz Blue dan Coral Red.

Pembelian pra-tempah akan diiringi dengan hadiah misteri bernilai RM299, Ocotpus Tripod, fon kepala bluetooth dan 6 bulan perlindungan skrin.

Pada 2 Mac 2019, Vivo Malaysia akan mengadakan V15 Pro Superday Sale, bertempat di Sunway Pyramid. Bagi 200 pembeli terawal akan menerima dron selfie DJI Tello (siapa cepat dia dapat) serta hadiah dari Vivo.

 

 

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular