Vivo V15 Dengan Kamera Periskop Akan Diperkenalkan Secara Rasmi 20 Februari Ini

Vivo telah menjadi antara yang terawal menggunakan tetapan kamera swafoto tersorok semasa memperkenalkan Vivo NEX pada tahun lepas.

Rekaan kamera periskop yang sama dijangka akan hadir dalam sebuah lagi peranti mereka, Vivo V15(Vivo V15 Pro di India) yang dijadual akan dilancarkan pada 20 Februari depan.

Ia berikutan satu imej poster yang ditularkan di internet baru-baru ini. Rekaan kamera itu juga dipaparkan dalam poster tersebut bersama frasa "There's A New Pop-Star In Town".

Kapsyen: MySmartPrice


Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi telefon itu termasuklah tetapan kameranya.

Bagaimanapun, ia dilaporkan akan hadir dengan skrin OLED 6.4-inci, bateri berkapasiti 3,500mAh serta cip kelas pertengahan Snapdragon 660/710.
Baca juga: Vivo V15 Pro Mungkin Hadir Dengan Kamera Selfie Pop-Up Dan Tiga Kamera Belakang



Sebelum ini, muncul satu imej yang dikatakan sebagai sarung pelindung bagi peranti di mana ia memberi gambaran penggunaan tri-kamera utama pada model ini.

Menariknya, Samsung juga dijadual akan mengadakan acara "Unpacked" bagi model Galaxy S10 mereka pada tarikh yang sama.

Galaxy S10 dikatakan akan diperkenalkan dalam satu majlis di San Francisco manakala Vivo V15 pula didakwa akan dilancarkan di India.

 

Sumber: India Today