Vivo V15 Akan Mula Dipasarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 23 Mac

Vivo Malaysia telah melancarkan model pertama dalam siri Vivo V15 mereka iaitu V15 Pro pada hujung bulan lalu.

Namun model asas bagi siri tersebut, Vivo V15 masih lagi belum dilancarkan sehingga kini.

Penantian penggemar peranti itu akan berakhir tidak lama lagi. Vivo Malaysia mengesahkan bahawa mereka akan mula menerima pra-tempah bagi Vivo V15 pada 16 Mac sehingga 22 Mac ini.

Kapsyen: Vivo Malaysia


Vivo V15 mempunyai beberapa ciri yang sama dengan V15 Pro seperti kamera hadapan 32MP, memori 6GB RAM dengan simpanan dalaman 128GB, bateri berkapasiti 4000mAh serta rekaan luaran yang serupa.

Apa yang berbeza ialah V15 ini hanya hadir dengan kamera utama 12MP dan bukannya 48MP seperti V15 Pro.

Selain itu, ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Helio P70 berbanding Snapdragon 675 yang digunapakai pada versi Pro.

Satu-satunya rekaan utama dari segi luarannya ialah Vivo V15 akan hadir dengan sensor imbasan cap jari fizikal di bahagian belakangnya, bukannya imbasan cap jari dalam skrin.

Akan tetapi, harga peranti ini masih lagi belum diumumkan. Ia dijangka akan diketahui menjelang tarikh pembukaan pra-tempahnya nanti.

Kapsyen: Vivo Malaysia


Peranti berkenaan akan dilancarkan secara rasmi dengan dua pilihan warna iaitu Topaz Blue dan Glamour Red di Malaysia pada 23 Mac ini di pusat beli belah One Utama, Petaling Jaya.

 

Sumber: Vivo Malaysia