Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo Umumkan “Vision+” – Inisiatif Promosikan Budaya Fotografi Mudah Alih

vivo Umumkan “Vision+” – Inisiatif Promosikan Budaya Fotografi Mudah Alih

Diterbitkan September 9, 2020 oleh Amsyar Latif

vivo terkenal dalam fotografi mudah alih kerana meletakkan beberapa teknologi kamera yang baik di peranti mereka seperti beberapa sensor besar.

Baru-baru ini, vivo mengumumkan Vision+ iaitu satu inisiatif dari vivo untuk mempromosikan budaya dalam fotografi mudah alih atau dipanggil juga sebagai mobilegraphy.

vivo vision+

vivo Vision+ berpusatkan “JOY IMAGE” sebagai asas utamanya dan akan membentuk kandungan visual baru ekosistem melalui inisiatif termasuk penciptaan bersama kandungan, pendidikan dan pertukaran budaya.

vivo menggunakan strategi dengan menggabungkan inovasi produk vivo dengan keperluan pengguna telefon pintar yang terus berkembang yang
melihat fotografi mudah alih sebagai bahagian penting dalam budaya dan kehidupan seharian.

vivo & nat geo

Selain itu, mereka juga mengumumkan Vision+ Mobile Photography Awards dengan kerjasama National Geographic yang akan menganugerahkan jurugambar telefon pintar terbaik.

Pengguna telefon pintar global akan diundang untuk menunjukkan kemahiran fotografi mereka dan penyertaan yang luar biasa akan dihantar untuk anugerah fotografi antarabangsa.

https://youtu.be/RmOn3MTYhPo

Tema dan perjalanan bagi pertandingan fotografi ini akan disiarkan di laman web bagi kedua-dua belah pihak, vivo dan National Geographic. Tambahan lagi, jurugambar terkemuka di dunia seperti Steve McCurry dan Michael Halsband turut dijemput untuk mengambil bahagian.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY