Vivo Umum Nama-Nama Pemenang Vision Photography Contest, Bakal Bawa Pulang Wang Tunai RM6000

Vivo Malaysia sebelum ini telah menganjurkan satu peraduan fotografi, iaitu Vision Photography Contest yang berlangsung selama dua minggu bermula dari 1 November hingga 15 November yang lalu.

Peraduan tersebut didedikasikan khas buat semua pengguna Vivo yang meminati bidang fotografi dan melaluinya, peserta dikehendaki untuk merakam detik-detik terbaik dalam hidup mereka dengan telefon pintar Vivo untuk memenangi hadiah wang tunai yang bernilai sehingga RM6,000.

Peraduan ini telah dikategorikan kepada 4 bahagian, termasuklah Animal, Landscape, People dan Plant. Peserta harus memuat naik gambar mereka yang asli mengikut tema yang telah diberi.

Semua peserta boleh menyertai semua kategori yang dipertandingkan dan boleh juga memuat naik gambar seberapa banyak yang mereka mahu, namun hanya satu foto sahaja yang akan dipilih dan hanya satu hadiah akan diberikan bagi setiap kategori.

Vivo Malaysia dengan bangganya mengumumkan nama-nama pemenang dari 4 kategori seperti yang disenaraikan di bawah ini:

Kategori



(Animal)



(Landscape)



(People)



(Plant)

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan Vision Photography Contest ini, sila lawati laman rasmi Facebook Vivo.