Vivo Telah Lancar Siri Vivo X30 Edisi Terhad Alexander Wang Di China

Baru-baru ini, vivo telah melancarkan secara rasmi siri X yang terbaru iaitu Vivo X30 edisi terhad Alexander Wang di China. Alexander Wang merupakan pereka fesyen yang terkenal berasal dari Amerika Syarikat.

Beliau bekerjasama dengan vivo dalam mengeluarkan satu siri telefon pintar edisi terhadnya. Reka bentuk telefon pintar ini dilengkapi dengan cermin pada bahagian belakang peranti. Selain itu, ia juga diukir dengan ''vivo alexanderwang'' bagi menonjolkan identiti fesyen yang unik.

vivo

Dari segi spesifikasi, Vivo X30 dijana dengan cip pemprosesan Exynos 980. Ia juga turut menyokong rangkaian 5G dan dual modul SA dan NSA. Model ini didatangkan dengan sistem funtouch OS 10 dan mempunyai bateri yang berkapasiti 4350mAh.

Peranti edisi terhad yang dikeluarkan ini, menggunakan lensa pada bahagian kamera sama seperti Vivo X30 Pro. Ditampilkan dengan 64MP kamera utama, 32MP potrait, 8MP ultra lebar serta 13MP telefoto. Turut dilengkapi dengan lensa yang berjarak fokus 135mm dan menyokong 60x zoom.