Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x30

Vivo Telah Lancar Siri Vivo X30 Edisi Terhad Alexander Wang Di China

Diterbitkan Mac 27, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Baru-baru ini, vivo telah melancarkan secara rasmi siri X yang terbaru iaitu Vivo X30 edisi terhad Alexander Wang di China. Alexander Wang merupakan pereka fesyen yang terkenal berasal dari Amerika Syarikat.

Beliau bekerjasama dengan vivo dalam mengeluarkan satu siri telefon pintar edisi terhadnya. Reka bentuk telefon pintar ini dilengkapi dengan cermin pada bahagian belakang peranti. Selain itu, ia juga diukir dengan ”vivo alexanderwang” bagi menonjolkan identiti fesyen yang unik.

vivo

Dari segi spesifikasi, Vivo X30 dijana dengan cip pemprosesan Exynos 980. Ia juga turut menyokong rangkaian 5G dan dual modul SA dan NSA. Model ini didatangkan dengan sistem funtouch OS 10 dan mempunyai bateri yang berkapasiti 4350mAh.

Peranti edisi terhad yang dikeluarkan ini, menggunakan lensa pada bahagian kamera sama seperti Vivo X30 Pro. Ditampilkan dengan 64MP kamera utama, 32MP potrait, 8MP ultra lebar serta 13MP telefoto. Turut dilengkapi dengan lensa yang berjarak fokus 135mm dan menyokong 60x zoom.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY