Vivo Superday Sale - Beli V15 Pro, Anda Berpeluang Bawa Pulang Dron DJI Tello Secara Percuma

Seperti yang kami telah laporkan beberapa hari lepas, Vivo ketika ini sedang mengadakan roadshow Vivo Superday Sale di Sunway Pyramid.



Tujuan utama roadshow itu diadakan pastinya untuk mempromosikan model V15 Pro yang baru sahaja dilancarkan tempoh hari.



Menghangatkan lagi acara itu, Vivo Malaysia menawarkan 200 unit dron DJI Tello selain hadiah misteri untuk dibawa pulang secara percuma oleh 200 pembeli telefon V15 Pro terawal.

Selain itu, pengunjung juga boleh memenangi hadiah istimewa dengan hanya menangkap swafoto di acara berkenaan dan muatnaik di Facebook dengan tanda pagar #V15 #V15Pro #levelUP #superday #WorldsFirstElevatingFrontCamera dan tag Vivo Malaysia.

Kapsyen: Keadaan semasa roadshow di Sunway Pyramid


Acara roadshow itu bukan sahaja diadakan di Sunway Pyramid, malah di beberapa kawasan lain ketika ini. Berikut adalah senarai penuh bagi tempat dan tarikh Vivo Superday Sale ini dianjurkan:

Kapsyen: Vivo


Jadi, bagi anda yang berada di kawasan-kawasan berhampiran venue roadshow ini, jangan lepaskan peluang anda untuk hadir dan rasai sendiri pengalaman menggunakan V15 Pro ini.

Kapsyen: Pembeli pertama V15 Pro


Keluaran terbaru Vivo ini hadir dengan ciri-ciri menarik seperti kamera swafoto mekanikal 32MP, kamera utama tiga lensa dengan satu daripadanya 48MP serta cip terbaru Snapdragon 675.

V15 Pro didagangkan dengan harga RM1,799 manakala model V15 pula akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.