Vivo S6 Pro 5G Mungkin Tampil Dengan Kamera Dan Pengecasan Lebih Baik

Pada penghujung Mac yang lalu, vivo telah memperkenalkan sebuah peranti dalam siri S dikenali sebagai vivo S6 5G. Kini memasuki usia dua bulan, ia mungkin menerima ahli baru iaitu versi Pro.

Khabar angin ini mula dimainkan apabila satu sumber di Weibo menyatakan model tersebut akan bersaing dengan OPPO Reno4 serta Huawei Nova 7.

Mengenai spesifikasi, vivo S6 Pro 5G dikatakan tampil dengan cip Snapdragon 765G, RAM 8GB serta storan 128GB hingga 256GB. Kamera hadapan menggunakan dwi-sensor iaitu 32MP serta 8MP. Dirasakan paparan untuk versi Pro akan menggunakan rekaan berlubang berbanding takuk yang ada pada vivo S6.

Kamera belakang dinaik taraf kepada tetapan 64MP Samsung ISOCELL Bright GW1 bersama-sama 8MP ultra lebar, 2MP makro serta 2MP untuk bantuan rakaman potret. Bahagian ini sedikit berbeza dimana vivo S6 hanya dilengkapi dengan kamera utama 48MP.

Selain tambah baik pada bahagian kamera, model ini juga mungkin tampil dengan pengecasan lebih pantas iaitu 33W berbanding 18W pada vivo S6. Kapasiti pula sedikit kecil iaitu 4200mAh berbanding model sebelumnya 4500mAh.

Jangkaan harga untuk setiap variasi adalah bermula dari CNY 2998 (~RM1806) sehingga CNY3298 (~RM1986). Ia juga dikhabarkan bakal membuat kemunculan rasmi di China sekitar hujung bulan ini.

Sumber: Weibo via Playfuldroid

Beli peranti vivo dari:

Lazada: https://invol.co/clp008

Shopee: https://invol.co/clp005