Bahagian hadapan peranti diletakkan dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.44 inci yang memberikan nisbah skrin ke badan sehingga 91.38%. Tidak seperti keluaran terdahulu, Vivo S5 mempunyai lubang pada bucu kanan paparan yang menempatkan kamera hadapan 32MP.
Tetapan kuad kamera belakang pula terdiri daripada kombinasi kamera utama 48MP, 8MP ultra lebar, 5MP kedalaman serta 2MP makro.
Keempat-empat kamera disusun dalam modul kamera seakan berlian, memberikan kelainan daripada peranti kuad kamera sedia ada.
Vivo S5 bakal menjalankan sistem operasi FunTouch OS 9.2 dan ia dijana bateri berkapasiti 4100mAh dengan daya saluran berkuasa 22.5W.
Bakal dijual di pasaran China sekitar 22 November depan, harga jualan yang ditetapkan untuk peranti ini adalah 2698 yuan (~RM1595) bagi variasi 128GB sementara storan 256GB pula dijual pada harga 2998 yuan (~RM1772).
Berkaitan
- Cip Snapdragon 855 Kini Sudah Rasmi Diperkenalkan
- iPhone Lebih Kecil, Lebih Murah Akan Dihasilkan Seawal Februari Ini
- HONOR Play Tidak Akan Dinaik Taraf Kepada EMUI 10.0
- Xiaomi Mi 9 Kini Rasmi Dilancarkan, Peranti Snapdragon 855 Paling Murah Di Dunia
- Facebook Uji Fungsi Tarik Balik Mesej Pada Messenger
- CEO Huawei Kongsi Foto, Dipercayai Diambil Dari Huawei P30 Pro
- Cari Dokumen Secara Pantas Di Telefon Android
- Apple Perkenal Smart Battery Case Bagi Model iPhone XS, iPhone XS Max Dan iPhone XR
- Kotak TV Android Yang Tidak Diperakui Antara Peranti Yang Dirampas SKMM
- Microsoft Bangunkan Konsep Alat Kawalan Permainan Untuk Telefon Pintar