Vivo S1 Pro Tampil Dengan Reka Bentuk Berlian Kuad, Diperkenalkan Disember Ini

Vivo S1 Pro baru-baru ini telah menerima pensijilan SIRIM mereka yang dijangkakan bakal menemui peminatnya di Malaysia pada Disember 2019 nanti.

Ia mempunyai reka bentuk berlian kuad di tengah-tengah bahagian belakang, dengan tiga kamera disusun secara menegak dan mempunyai satu kamera di sebelah kanan.

Pada bahagian bawah kamera pula terletaknya flash sementara di bahagian bawah telefon ada logo Vivo.

Nampaknya, siri S terbaru keluaran Vivo ini sasarannya tersedia kepada golongan yang lebih muda di Malaysia. Sisi belakang telefon kelihatan berwarna merah jambu ke arah tepi kiri dan kanan, sementara bahagian lainnya kelihatan lebih kebiruan, gabungan dua warna ini menjadi campuran warna unicorn.

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai ciri-ciri Vivo S1 Pro ini, anda boleh lihat di vivo.com.