Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo S1 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember Ini

Vivo S1 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember Ini

Diterbitkan November 21, 2019 oleh Haikel Areff

Setelah menerima pensijilan SIRIM tempoh hari, kini Vivo Malaysia telah mengumumkan bahawa siri S keluaran terbaru syarikat mereka akan mula menjengah pasaran Malaysia pada 3 Disember 2019 ini.

Hadir dengan nama Vivo S1 Pro, ia telah sedia dilancarkan di pasaran Filipina dan Indonesia baru-baru ini. Rekaannya hampir menyamai Vivo S5 namun terdapat perbezaan daripada segi spesifikasi yang ditawarkan.

Vivo S1 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember Ini

Pada model ini, ia disertakan tetapan kuad kamera yang berada bahagian belakang peranti membariskan kamera 48MP, 8MP ultra lebar, 2MP kedalaman serta 2MP makro. Selain itu, di bahagian hadapan pula, Vivo S1 Pro ditampilkan dengan lensa 32MP yang akan menjalankan tugas-tugas rakaman selfie.

Vivo S1 Pro dijangka akan dilengkapi dengan peningkatan spesifikasi kamera dan pemproses. Walaubagaimanapun, spesifikasi sebenar masih belum dikongsikan sepenuhnya dan untuk itu, sama-sama kita nantikan tarikh pelancaran yang telah ditetapkan bagi informasi lebih lanjut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY