Terbaru, vivo mengambil pendekatan yang lebih lagi dengan mempertontonkan teknologi panel belakang yang boleh berubah warna. Ia dibangunkan berasaskan elektrokromisme, yang mana kaca akan berubah warna apabila voltan dikenakan padanya.
Bagi pengguna pada telefon pintar, ia dikatakan terdiri daripada lapisan kaca, kepingan elektrod. Berada ditengah antara kedua-duanya lapisan bahan tersebut adalah filem elektrokromatic bersama-sama konduktor ion dan filem simpanan ion. Ia bukanlah teknologi baru dimana ia sedia digunakan pada pembangunan bagi cermin bangunan serta kereta.
Sebelum vivo mendedahkan teknologi tersebut pada laman Weibo secara rasmi, video lain berkenaannya telah disebarkan di internet. Melalui video yang lebih dahulu dikongsikan oleh @IceUniverse dan Digital Chat Station, modul kamera tidak disembunyikan.
Bahagian kamera belakang itu mirip seperti peranti yang dilancarkan vivo awal Ogos lalu iaitu vivo S7.
Sumber: Weibo
Berkaitan
- Nokia Mungkin Hadir Dengan Telefon Pintar Yang Mempunyai 5 Kamera
- Mi 9 Sudah Rasmi - Membawakan 3 Kamera Dan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar 20W
- Bekas Pengguna Android Merupakan Penyumbang Kepada 15%-20% Penjualan iPhone
- Huawei P20 Pro Dan P20 Turun Harga
- Huawei Mohon Tanda Dagang "Harmony", Dikatakan Untuk Sistem Operasi Telefon Pintar Serta Komputer
- Apple Masih Kuasai Pasaran Jam Tangan Pintar, Samsung Pintas Fitbit
- Imej Perlihatkan Pixel 4A Dilengkapi Paparan Berlubang Dan Bicu Audio 3.5mm
- Apple Merancang Untuk Cipta Sistem “Tap- to-Pay” Bagi Pengguna Tren Di Jepun
- Samsung Dilapor Batalkan Pengeluaran Galaxy M41
- Jam Pintar Kanak-Kanak Semakin Mendapat Tempat Dipasaran