Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo Perlihatkan Teknologi Panel Belakang Yang Berubah Warna

vivo Perlihatkan Teknologi Panel Belakang Yang Berubah Warna

Diterbitkan September 3, 2020 oleh Helmi Samsuri

Selain dari spesifikasi dalaman yang menguasakan peranti, sebahagian daripada kita turut memasukkan rekaan panel belakang sebagai faktor pemilihan. Pelbagai rekaan menarik ditambah dengan aneka warna disediakan untuk memberikan elemen gaya hidup aktif, premium dan lain-lain.

Terbaru, vivo mengambil pendekatan yang lebih lagi dengan mempertontonkan teknologi panel belakang yang boleh berubah warna. Ia dibangunkan berasaskan elektrokromisme, yang mana kaca akan berubah warna apabila voltan dikenakan padanya.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2020/09/03215222/Vivo.mp4

Bagi pengguna pada telefon pintar, ia dikatakan terdiri daripada lapisan kaca, kepingan elektrod. Berada ditengah antara kedua-duanya lapisan bahan tersebut adalah filem elektrokromatic bersama-sama konduktor ion dan filem simpanan ion. Ia bukanlah teknologi baru dimana ia sedia digunakan pada pembangunan bagi cermin bangunan serta kereta.

Sebelum vivo mendedahkan teknologi tersebut pada laman Weibo secara rasmi, video lain berkenaannya telah disebarkan di internet. Melalui video yang lebih dahulu dikongsikan oleh @IceUniverse dan Digital Chat Station, modul kamera tidak disembunyikan.

Bahagian kamera belakang itu mirip seperti peranti yang dilancarkan vivo awal Ogos lalu iaitu vivo S7.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY