Jika model Nex yang pertama tampil dengan rekaan kamera yang boleh disembunyikan, generasi seterusnya mempertaruhkan rekaan dwi panel paparan untuk bahagian depan dan belakang.
Antara spesifikasi yang melengkapi peranti ini adalah;
- Skrin depan AMOLED 6.39 inci (1080 x 2340)
- Skrin belakang AMOLED 5.49 inci (1920 x 1080)
- Cip pemprosesan Snapdragon 845
- RAM 10GB/ 128GB Storan
- Tiada slot untuk kad MikroSD
- Tiga kamera utama (12MP + 2MP + 3D TOF)
- Bateri 3500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 10V/2.25A
- FuntouchOS 4.5
Selain menjanjikan imbasan wajah untuk sistem nyahkunci yang lebih canggih, penggunaan sensor kamera 3D TOF (Time of Flight) juga dikatakan mampu menawarkan ciri-ciri menarik untuk rakaman foto.
Bahagian belakang terdapat kemasan berbentuk bulatan, Lunar Ring, yang akan menyala untuk menunjukkan notifikasi serta bagi pencahayaan rakaman selfie.
Paparan belakangnya juga boleh dijadikan pad sesentuh ketika menjalankan aplikasi permainan. Harga pasaran di China adalah 4998 Yuan atau sekitar RM3032 mengikut tukaran mawatang asing semasa. Penawaran untuk pasaran global masih belum didedahkan lagi.
Berkaitan
- Khabar Angin - Redmi Pro 2 Batal, Digantikan Dengan Xiaomi X1
- Sony Xperia XA2 Dan Xperia XA2 Ultra Sudah Rasmi, Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar
- iPhone XS Max Dapat 105 Markah DxOMark, Tapi Belum Mampu Tewaskan Huawei P20 Pro
- Huawei MediaPad M5 Lite Boleh Di Pra-Tempah Pada 29 Ogos Dengan Harga RM1299
- Pelajar 12 Tahun Dari Perlis Harumkan Nama Malaysia Dengan Memenangi Pertandingan Kreativiti Penciptaan Sedunia
- PUBG Mobile Akan Berkolaborasi Dengan Resident Evil 2
- Imej Sebenar OPPO R11 Tersebar - Dwi Kamera Pada Bahagian Belakang
- Dapatkan Dua Buah OPPO Reno2 Pada Harga RM93 Dari Pelan Maxis
- ASUS Grand Sale - Tawar Diskaun Serta Baucar Berjumlah RM200,000 Untuk Bakal Pembeli
- Apple Mahu Pindah 20% Pengeluaran Dari China Ke India