Vivo NEX Dengan Dua Skrin Paparan Berkemungkinan Dilancar Pada 11 Disember Ini

Pertama kali hadir dipasaran, Vivo Nex berjaya menarik perhatian ramai kerana menampilkan inovasi bagi sistem kamera hadapan yang boleh disembunyikan.

Ia tidak lain tidak bukan bagi memberi ruang kepada skrin paparan yang lebih luas tanpa gangguan takuk. Khabar angin awal telah memperlihatkan model seterusnya, Vivo Nex 2, akan dilengkapi dengan dwi skrin (depan dan belakang) serta penggunaan tiga kamera.



Informasi baru yang sudah berlegar diinternet, model tersebut dikatakan akan muncul dilancarkan pada 11 Disember hadapan.

Sebuah foto juga telah dimuat naik pada laman Weibo oleh Kumamoto Technology, menunjukkan spesifikasi yang akan dibawa Vivo Nex 2.



Sekiranya foto itu benar, Vivo Nex 2 merupakan peranti pertama dari syarikat China itu yang menggunakan RAM sebesar 10GB disamping storan dalaman berkapasiti 128GB.

Lain-lain spesifikasi ramalan adalah penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 845 (atau cip Snapdragon dengan rekaan 7nm), tiga kamera, dan pengimbas cap jari dalam paparan.

Sumber: GizmoChina