Vivo NEX Bakal Menemui Pembeli Tempatan Tidak Lama Lagi

Kelainan demi kelainan ditampilkan oleh syarikat pembuat telefon pintar. Tren kamera keluar masuk atau pop-up camera sudah mula menyinari pasaran dengan beberapa model sudah dilancarkan.

Hadir dengan rekaan skrin hampir memenuhi bahagian hadapan peranti, Vivo NEX mula ditontonkan kepada umum pada Februari 2018, disusuli dengan pelancarannya secara rasmi pada Jun yang lalu di China.

Seakan-akan tidak mahu melengahkan masa, Vivo Malaysia telah memberi bayangan bahawa Vivo NEX bakal menemui peminat tempatan tidak lama lagi.



Sebuah foto Vivo NEX diiringi dengan tanda pagar #comingsoon telah dimuat naik pada laman Facebook Vivo Malaysia hari ini, menambahkan lagi keghairahan para peminat.

Spesifikasi Vivo NEX adalah seperti berikut:

  • Skrin paparan OLED 6.59 inci FHD+

  • Snapdragon 845

  • RAM 8GB

  • Storan dalaman 256GB

  • Bateri berkapasiti 4,000 mAh

  • Dwi kamera utama 12MP +5 MP

  • Kamera swafoto dengan kebolehan keluar masuk secara mekanikal 8MP.


Nantikan bersama Wiser.my tarikh sebenar pelancaran Vivo NEX.