Vivo Mencapai Pertumbuhan Sebanyak 41% Pada Pasaran Malaysia

Vivo merupakan salah satu jenama telefon pintar yang tidak asing lagi pada mata pengguna. Pengeluar telefon pintar yang sedang berkembang maju baru-baru ini telah tersenarai sebagai jenama yang semakin meningkat permintaannya pada pasaran di Malaysia.

Sepanjang tahun 2019, vivo Malaysia telah melancarkan pelbagai siri telefon pintar antaranya adalah siri V iaitu V15, V15 Pro, V17 dan V17 Pro. Selain siri V, siri S juga turut diperkenalkan pada pasaran tempatan iaitu S1 dan S1 Pro. Kemudian, diikuti juga dengan model NEX iaitu vivo NEX 3.  Vivo juga menawarkan kelajuan pemprosesan yang sangat baik, hayat bateri yang panjang dan paparan skrin telefon yang menarik.

vivo top smartphone vendors

Menurut analisis telefon pintar global yang telah dikeluarkan oleh Canalys baru-baru ini, vivo telah memasuki Top Smartphone Vendors bagi tahun 2019. Jenama vivo berada di tempat ketiga pada pasaran di Malaysia dan telah menguasai 17% pada unit saham dan 41% pada YoY Growth.

Vivo NEX 3 merupakan salah satu telefon pintar yang terkenal dilancarkan di Malaysia pada tahun lepas. Peranti yang disokong rangkaian 5G ini, hanya akan diaktifkan apabila rangkaian 5G dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Telefon pintar ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus dan dipadankan dengan RAM 8GB serta ruang storan 256GB.