Vivo Memperkenalkan V7, Variasi Kedua Selepas V7 Plus- 24MP Kamera Selfie Dan Paparan Full View

Vivo telah melancarkan satu lagi model ke pasaran Malaysia, iaitu Vivo V7 di Zouk, KL semalam. Agak aneh apabila Vivo melancarkan Vivo varian V7+ terlebih dahulu pada bulan September yang lepas sebelum model V7.

Tidak banyak beza diantara kedua-dua model ini. Vivo V7 masih lagi mengekalkan rekaan badan nipis dengan bucu bulat di penjuru tepi. Tetapi variasi V7 ini hadir dengan paparan skrin sedikit kecil dengan saiz 5.7 inci bersama resolusi 720p berbanding model V7+ iaitu 6 inci.



Walaupun saiz skrin dikecilkan, namun ianya masih mengekalkan nisbah 18:9 yang dilihat menjadi pilihan popular buat pengeluar telefon pintar ketika ini. Malah sudah ramai pemaju aplikasi yang sudah mengemas kini aplikasi mereka untuk paparan 18:9.



Pilihan storan untuk Vivo 7 ditawarkan pada 32GB manakala Vivo 7+ pada 64GB. Kedua-duanya memiliki RAM bersaiz 4GB dan cip pemprosesan Snapdragon 450 pada kadar kelajuan 1.8GHz dan dijalankan bersama sistem operasi Funtouch 3.2 bersama Android Nougat 7.1

Lagi satu perbezaan antara Vivo V7+ dan Vivo V7 adalah kapasiti baterinya. Vivo V7 dimuatkan dengan bateri 3,000 mAh dan Vivo V7+ pula pada 3255 mAh.



Peranti ini masih lagi membawakan kamera 24-Megapiksel untuk kamera selfie dan 16-Megapiksel di bahagian belakang, ciri pengimbas muka, dan pengimbas cap jari dibahagian belakang peranti.

Dari segi harga, Vivo V7 akan dijual ke pasaran Malaysia pada harga RM 1,299. murah RM 200 dari abangnya Vivo V7+.

Mana satu pilihan anda? Skrin 6 inci atau 5.7 inci?