Vivo Memfailkan Paten Logo 6G Pertama Mereka

Walaupun sebahagian besar daripada kita sedang menyiapkan diri untuk menerima kedatangan 5G, namun Vivo kini mengorak langkah jauh ke hadapan apabila mereka telah pun memulakan penyelidikan dan pembangunan berkaitan teknologi 6G.

Pada 22 Oktober lalu, Vivo telah memfailkan paten untuk logo 6G bersama EUIPO (Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah) yang akan menjadikan Vivo antara jenama pertama untuk melancarkan telefon pintar dengan sokongan teknologi 6G tersebut pada masa hadapan.



 

Walaupun teknologi 5G masih boleh dianggap baru, namun dengan adanya 6G, ia bakal menyelesaikan gelombang cabaran seterusnya pada bidang komunikasi, termasuklah pertumbuhan bagi masa depan data, teknologi AI, dan peranti IoT.

Mengikut bacaan kelajuannya, teknologi 6G dikatakan mampu mencapai 1TB setiap saat tanpa lengah.

Vivo adalah salah satu firma terkemuka dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi 6G yang mengambil bahagian dalam seminar industri B5G / 6G, turut melakukan banyak perkongsian mengenainya bersama dengan banyak universiti.