Vivo Malaysia Umumkan Vivo Y15 2020 Dengan Harga RM 599

Vivo Malaysia hari ini telah mengumumkan satu lagi peranti terbaru untuk pasaran tempatan bagi siri Y, iaitu Vivo Y15 2020.

Vivo Y15 2020 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh dengan teknologi penjimatan kuasa pintar untuk bertahan lebih lama, sesuai bagi penggunaan seperti bermain permainan mudah alih, menonton video atau mendengar muzik.

Dijana dengan RAM 4GB dan storan 64GB, ia membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak aplikasi dan membuatnya berjalan lancar. Bagi kamera hadapan, Vivo Y15 2020  mempunyai kamera hadapan 16MP, dan mempunyai 3 kamera di bahagian belakang yang menghadirkan kamera utama 13MPkamera sudut 8MP, dan kamera depth 2MP yang mampu memberikan penghasilan imej baik.



Vivo Y15 2020 hadir dengan paparan skrin Halo FullView ™ 6.35-inci. Peranti ini dioperasikan dengan sistem Funtouch OS 9 berdasarkan Android 9.0. Ia dilengkapi dengan ciri-ciri baru bersama-sama dengan penambahbaikan UI, serta antara muka yang lebih mudah digunakan dan pengalaman penggunaan yang lebih bijak dan lebih mesra. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan iaitu Phantom Black dan Burgundy Red.

Vivo Y15 2020 mula dijual pada 23 Disember 2019 dan ditawarkan dengan harga RM599. Pelanggan yang membeli apa-apa telefon pintar dari vivo termasuk vivo Y15 2020 layak menyertai peraduan cabutan bertuah ''V Live Your Fantasy'' jika masih dalam tempoh penyertaan. Pelanggan boleh dapatkan telefon pintar vivo Y15 2020 di kedai vivo dan platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi vivo Malaysia.