Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG 1 – Y15 ON SALE

Vivo Malaysia Umumkan Vivo Y15 2020 Dengan Harga RM 599

Diterbitkan Disember 24, 2019 · Dikemas kini Disember 30, 2019 oleh Syifa' Syakinah

Vivo Malaysia hari ini telah mengumumkan satu lagi peranti terbaru untuk pasaran tempatan bagi siri Y, iaitu Vivo Y15 2020.

Vivo Y15 2020 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh dengan teknologi penjimatan kuasa pintar untuk bertahan lebih lama, sesuai bagi penggunaan seperti bermain permainan mudah alih, menonton video atau mendengar muzik.

Dijana dengan RAM 4GB dan storan 64GB, ia membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak aplikasi dan membuatnya berjalan lancar. Bagi kamera hadapan, Vivo Y15 2020  mempunyai kamera hadapan 16MP, dan mempunyai 3 kamera di bahagian belakang yang menghadirkan kamera utama 13MP, kamera sudut 8MP, dan kamera depth 2MP yang mampu memberikan penghasilan imej baik.

IMG 1 – Y15 ON SALE

Vivo Y15 2020 hadir dengan paparan skrin Halo FullView ™ 6.35-inci. Peranti ini dioperasikan dengan sistem Funtouch OS 9 berdasarkan Android 9.0. Ia dilengkapi dengan ciri-ciri baru bersama-sama dengan penambahbaikan UI, serta antara muka yang lebih mudah digunakan dan pengalaman penggunaan yang lebih bijak dan lebih mesra. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan iaitu Phantom Black dan Burgundy Red.

Vivo Y15 2020 mula dijual pada 23 Disember 2019 dan ditawarkan dengan harga RM599. Pelanggan yang membeli apa-apa telefon pintar dari vivo termasuk vivo Y15 2020 layak menyertai peraduan cabutan bertuah ”V Live Your Fantasy” jika masih dalam tempoh penyertaan. Pelanggan boleh dapatkan telefon pintar vivo Y15 2020 di kedai vivo dan platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi vivo Malaysia.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY