Vivo Malaysia Menawarkan Promosi Istimewa Buat Rakyat Malaysia

Baru-baru ini, vivo Malaysia telah meluaskan beberapa promosi menarik yang hanya boleh dinikmati pembeli dalam talian. Promosi yang ditawarkan sah sehingga 31 Mac ini.

Vivo S1 Pro yang didatangkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 665, boleh didapati dengan harga RM 1,099. Ia dimuatkan dengan 8GB RAM serta 128GB ROM. Pada bahagian bateri pula ia berkapasiti 4500mAh dan mempunyai fungsi pengimbasan cap jari dalam paparan.

vivo malaysia

Pelanggan boleh dapatkan peranti vivo di kedai dalam talian seperti vivo online store, Lazada dan Shopee. Selain itu, pelanggan juga akan mendapat jaminan selama 6 bulan jika membeli mana-mana telefon pintar vivo di dalam talian.

Di samping itu, dalam keprihatinan terhadap rakyat Malaysia, vivo Malaysia akan turut menyumbangkan topeng muka kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Pelanggan akan mendapat hadiah percuma di atas pembelian mana-mana telefon pintar vivo seperti di bawah :

  • Vivo Y11, Y15 (2020) - Percuma botol air

  • Vivo Y19 - Percuma Speaker Bluetooth

  • Vivo S1 Pro, V17 - Percuma Water Cup Juicer

  • Vivo NEX 3 - Pek hadiah percuma